Online Users HEY THERE STALKER! WELCOME TO MY BLOG PAGE. IF YOUR CREEPING ON MY PAGE HOPE YOU FIND WHAT YOUR LOOKING FOR. LOL !

15 November 2016

Korean Drama












Salam & Hello guys.

Hari ni tetibe rasa macam rajin lak nak review pasal korean drama.  Since bulan 3 ritu aku dah kembali rajin nak melayan K-Drama macam zaman muda dolu2 kat maduu.com tapi sekarang macam dah tak wujud je web tu. Kalau dulu aku suka watch online je tapi sekarang aku prefer download sebab nanti bila-bila masa boleh tengok lagi.

Setakat ni tak banyak sangat pon K-Drama yang aku dah tengok, ade la dalam 60 cerita. Dalam satu drama tu biasanya ada 16 or 20 episode. Sekang ni masa free aku memang banyak habis melayan kdrama jela siang malam. Duduk rumah daripada tengok drama melayu yang semakin mengarut tu lebih baik on PC layan korea.

Orang cakap drama melayu ni banyak fantasi tapi kalau kau tengok drama orang korea ni lagi lah penuh dengan fantasi. Mana-mana cerita pon sama je. Asian, bollywood, hollywood, semuanya berfantasi. Memang kebanyakkan cerita heronye handsome, kaya, sado, perfect tak ada yang pinjam ptptn. kah! Tapi yang bezanya kualiti cerita & pelakon-pelakonnya. Cerita korea ni kebanyakkannya memang sedih-sedih even cerita hantu, seram, bunuh2, komedi pun mesti nak buat orang menangis.

Website favorite tempat aku selalu download K-Drama biasa kat dramabuds & myasiantv.se. Kat situ korang search jela cerita korea ape korang nak mesti ada. Nasihat aku untuk korang kalau korang nak download movie ke apa better download kat Mozzila Firefox jangan kat Google Chrome. Sebabnya kalau kt Google Chrome misalnya tetibe line internet korang buat hal korang dah tak boleh nk continue download balik. Tapi kalau kat Mozilla still boleh continue even korang sengaja disconnect internet korang. Nak download subtittle lak korang boleh download dekat subscene.com.

Top 20 K-Drama favorite aku :

1) Signal 2) Healer 3) Descendent of The Sun 4) Doctor Stranger 5) I Hear Your Voice 6) Pinocchio 7) Shopping King Louis 8) Kill Me Heal Me 9) Sassy Go Go 10) Scarlet Heart Ryeo 11) W-Two World 12) Secret 13) Cheese in the Trap 14) The K2 15) The Master's Sun 16) Oh My Venus 17) Secret Garden 18) It's Ok That Love 19) My Love From The Stars 20) Reply 1997

Haa tu la antara drama-drama korea yang bagi aku best dan terbaik penah aku tengok. Banyak lagi actually. Cast favorite aku lak... Jeng jeng jeng

(Hero)
(Heroine)
Song Hye Kyo │ Hwang Jung Eum │ Suzy │ Nam Ji Hyun │ Jung Eun Ji │ Kang So Ra │ Park Min Young │ Park Shin Hye │ Gong Hyo Jin │ Lee Da Hae │ iu 

Tudiaa junuh hakak list satu-satu. Aku minat diorang ni bukan sebab cantik ke handsome semata-mata tp memang suka sangat lakonan diorang. Macam Lee Jong Suk tu kalau boleh semua drama yang dia penah berlakon aku nak tengok. hehe

Kalau korang pon jenis fanatik & hantu K-drama suggest la siket drama favorite korang. Next entry aku nak share link2 untuk download Drama & Movie Korea lak. InsyaAllah kalau rajin. Ok Bye :)








01 November 2016

Murni Kembali


Assalamualaikum and Hi :)

Fuuuu lame betul cik murni menghaibkan diri ek. 3 tahun tak usik blog ni. Password pon dah nyaris2 terlupa. Hehe. Cepat betul lahai masa berlalu. Zaman student pon dah 2 tahun tinggalkan. Banyak sangat kabor murni tak share kat sini. Agak2 ade lagi ke follower yang rajin jenguk2 blog aku ni? Tapi siapa yang ade follow murni kt instagram mesti tahu dah perkembangan murni sekarang. Ceh macam la rajin sangat orang nak amek tahu life aku. 

Ok meh hakak pendekkan 3 tahun punya cerita...


Graduated & Bekerja

Ok buat yang belum tahu, sekarang murni dah pun bekerja. Alaa keje kat company biasa je. Kuli2 jak. Dulu pernah praktikal kat situ. Habis study alhamdulillah dapat offer keje dengan company tu as Technical Officer. Architecture field juga. Office kat JB so hari-hari la ulang alik Kulai - JB - Kulai. Kat Kulai tak ada firm arkitek so terpakse la kerja jauh siket. Tapi bila dah biase pergi balik 60km tu tak terasa jauh sangat pun. huhu. Murni grade early November 2014 and convo on 28 March 2015. 
 Payung siket gambar konvo hakak :)

Engaged & Bride To Be
3 tahun menyepi tup tup dah bertanda. Lagi a few months insyaAllah naik pelamin la hakak. Tarikh dah decided. Nanti kad jemputan dah siap murni announce ok 😊. Sendiri pon mcm tak percaye dah nak jadi bini orang. Latest post baru je cakap pasal jodoh. Huahahaha.
Engagement Murni & Zazmie - 6th March 2016.
Tunang dengan sape? orang mana? Macam mana boleh kenal? Dah berape lama? Ok yg tu next time la murni cerita. Panjang sangat nanti jenuh pulak uolls nak baca.
New family
December 2014 murni dapat mak baru. Huhu. Sedia maklum ramai yang tahu mak kandung murni dh meninggal dunia on July 2013. Atas restu dan persetujuan semua anak-anak pakcik Iwan, beliau pun dapat la green light kawen lagi. Hahaha. Bukan dapat mak baru je, kakak ipar baru, anak sedara baru pon hado. Awal bulan 11 ni nak masuk 9 orang dah cucu bapak. Tahun ni masing2 pakat buat anak. Makin besar generasi cik iwan. Confirm meriah. 😙Tunggu turn aku nanti cukupkan 10. 😝
Alaa tetibe macam dh hilang ingatan pulak tak tau ape lg nk merapu. Ok setakat ni itu je kot. Tak ade ape yang menarik sangat pon life aku ni. Life dh bekerja ni jauh sangat bezanye dengan life time study. Dulu zaman belajar masa memang banyak habis dengan kawan2 tapi sekarang ni aku prefer buat hal sendiri je. Kalau boleh nk elakkan diri dari negative people. Rasenya encik fiance tu je la kawan baik & kawan gaduh aku yang paling setia. Tak ade ramai kawan pun tak ape janji dia ada time aku susah senang. Tq awak 😊 eh eh dh macam makin meleweh je minah ni. Ok2 dah tu je k. Jumpa lagi.😄
👋

 Mak baru hakak 

 Dua tiga hari lagi abg teh dah nak jd bapak orang 
Nieces cik murni yang secomel cik murninye