Online Users HEY THERE STALKER! WELCOME TO MY BLOG PAGE. IF YOUR CREEPING ON MY PAGE HOPE YOU FIND WHAT YOUR LOOKING FOR. LOL !

15 November 2016

Korean Drama












Salam & Hello guys.

Hari ni tetibe rasa macam rajin lak nak review pasal korean drama.  Since bulan 3 ritu aku dah kembali rajin nak melayan K-Drama macam zaman muda dolu2 kat maduu.com tapi sekarang macam dah tak wujud je web tu. Kalau dulu aku suka watch online je tapi sekarang aku prefer download sebab nanti bila-bila masa boleh tengok lagi.

Setakat ni tak banyak sangat pon K-Drama yang aku dah tengok, ade la dalam 60 cerita. Dalam satu drama tu biasanya ada 16 or 20 episode. Sekang ni masa free aku memang banyak habis melayan kdrama jela siang malam. Duduk rumah daripada tengok drama melayu yang semakin mengarut tu lebih baik on PC layan korea.

Orang cakap drama melayu ni banyak fantasi tapi kalau kau tengok drama orang korea ni lagi lah penuh dengan fantasi. Mana-mana cerita pon sama je. Asian, bollywood, hollywood, semuanya berfantasi. Memang kebanyakkan cerita heronye handsome, kaya, sado, perfect tak ada yang pinjam ptptn. kah! Tapi yang bezanya kualiti cerita & pelakon-pelakonnya. Cerita korea ni kebanyakkannya memang sedih-sedih even cerita hantu, seram, bunuh2, komedi pun mesti nak buat orang menangis.

Website favorite tempat aku selalu download K-Drama biasa kat dramabuds & myasiantv.se. Kat situ korang search jela cerita korea ape korang nak mesti ada. Nasihat aku untuk korang kalau korang nak download movie ke apa better download kat Mozzila Firefox jangan kat Google Chrome. Sebabnya kalau kt Google Chrome misalnya tetibe line internet korang buat hal korang dah tak boleh nk continue download balik. Tapi kalau kat Mozilla still boleh continue even korang sengaja disconnect internet korang. Nak download subtittle lak korang boleh download dekat subscene.com.

Top 20 K-Drama favorite aku :

1) Signal 2) Healer 3) Descendent of The Sun 4) Doctor Stranger 5) I Hear Your Voice 6) Pinocchio 7) Shopping King Louis 8) Kill Me Heal Me 9) Sassy Go Go 10) Scarlet Heart Ryeo 11) W-Two World 12) Secret 13) Cheese in the Trap 14) The K2 15) The Master's Sun 16) Oh My Venus 17) Secret Garden 18) It's Ok That Love 19) My Love From The Stars 20) Reply 1997

Haa tu la antara drama-drama korea yang bagi aku best dan terbaik penah aku tengok. Banyak lagi actually. Cast favorite aku lak... Jeng jeng jeng

(Hero)
(Heroine)
Song Hye Kyo │ Hwang Jung Eum │ Suzy │ Nam Ji Hyun │ Jung Eun Ji │ Kang So Ra │ Park Min Young │ Park Shin Hye │ Gong Hyo Jin │ Lee Da Hae │ iu 

Tudiaa junuh hakak list satu-satu. Aku minat diorang ni bukan sebab cantik ke handsome semata-mata tp memang suka sangat lakonan diorang. Macam Lee Jong Suk tu kalau boleh semua drama yang dia penah berlakon aku nak tengok. hehe

Kalau korang pon jenis fanatik & hantu K-drama suggest la siket drama favorite korang. Next entry aku nak share link2 untuk download Drama & Movie Korea lak. InsyaAllah kalau rajin. Ok Bye :)